Tuesday, October 4, 2011

sambal belacan


Bahan-bahan:
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula pasir
1 biji buah tomato
1/2 labu bawang besar - digoreng tanpa minyak
1 sudu besar belacan - digoreng tanpa minyak
1/2 biji lemon - diambil jusnya
garam secukup rasa
sedikit air masak - optional

cara:

  • kisar semua bahan sehinga halus
  • sedia untuk dihidangkan

note: mereka yang tinggal di UK tak perlulah diletakkan 1 cawan cili padi sebab cili padi yang dijual di oriental shop memang terlalu pedas



Sunday, April 10, 2011


Bahan:-
  • 4 labu bawang merah
  • 6 batang serai
  • 2 tongkol lengkuas
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit babas
  • 5 sudu cili kering (blend)
  • 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa
  • *saya tambah:1 sudu besar biji ketumbar+jintan manis+jintan putih
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
  2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*saya biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
  4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
  5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Mee Goreng Mamak


Bahan:-
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging-saya rebus sebentar biar lembut
  • 100 gm fish cake - hiris nipis
  • 100 gm fish ball - belah dua
  • 4 keping kuih cucur udang-(*resepi memasing la ya)
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil
  • 3 s/b cili kisar - nk pedas leh tambah
  • 1 s/b rempah kari
  • 3 s/b kicap pekat
  • 2 s/b minyak masak
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 3 biji telor ayam
  • 3 biji cili hijau (hiris serong nipis)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang, cili dan rempah kari. Kacau biar garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake, fish ball dan kuih cucur udang. Kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata
  5. Masukkan taugeh dan sawi.
  6. Ketepikan mee di tepi kuali, pecahkan telor di tengah2 kuali.
  7. Biarkan telor tu masak sikit, barulah dikacau dan digaul rata.
  8. Masakkan mee biar kering sedikit.
  9. Hidangkan dan tabur cili hijau potong.


















Bahan-bahan ( 8 org ):-
  • 1 kg mee kuning - dicelur
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu - potong dadu
  • daun bawang & daun sup - dihiris halus
  • cili api @ cili jeruk (*akak xda cili jeruk ni)
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng

*** utk kuah***
  • 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging - dipotong kecil-kecil (*akak xda stok)
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 cm halia - dikisar halus
  • 1 cm lengkuas - dikisar halus
  • 1 batang serai - dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air secukupnya

    Cara-cara:-
    1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus.
    2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
    3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
    4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
    5. Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
    6. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak.
    7. Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
    8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
    9. Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2...

Yee Mee Goreng Bersalut Telor





Bahan:-
2 sanggul yee mee
5 biji bawang merah ) ditumbuk
3 ulas bawang putih )
2 sudu besar cili kering kisar
200 gm isi ayam - potong kecil
3 biji telor
1 sudu teh lada hitam yg telah dikisar
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos cili
secekak sawi - potong kecil
1/2 btg lobak merah - hiris halus
2 keping tauhu - digoreng dulu dan potong kecil
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1 1/2 cawan air/secukupnya
minyak untuk menumis
1 tangkai cili hijau n merah - potong serong untuk hiasan.
sedikit hirisan daun bawang
hirisan limau kasturi

Cara-Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk beserta cili kisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan ayam dan lada hitam kisar, kacau hingga ayam masak.
Masukkan air dan biar mendidih, lalu masukkan yee mee tadi dan kacau rata biar mee kembang.
Bila air hampir kering, masukkan sawi dan lobak serta garam, sos cili, kicap dan serbuk lada sulah. Masukkan juga tauhu yg digoreng tadi, kacau rata.
Kemudian tolak mee ke tepi dan pecahkan telor dalam kuali yg sama, kaup balik telor dengan mee dan kacau rata lagi hingga nampak mee bersalut telor.
Jika yee mee telah betul2 lembut, tutup api dan taburkan cili potong tadi, gaul rata kejap. Hidangkan dengan perahan limau kasturi.

Saturday, April 9, 2011

Nasi Beriani


Bahan A:-
1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
100 gm daun pudina (dipotong kasar)
100 gm daun ketumbar
1 liter air
1 cawan susu cair
4 sb. minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
garam secukup rasa
1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)

5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris halus)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj. buah pelaga
daun kari

Cara-Cara:-

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Nasi goreng pattaya


NASI GORENG PATTAYA (My Style)

Bahan:- (anggaran saja)
  • 3 mangkuk sedang nasi putih
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 4 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
  • 6 - 8 urat kacang panjang
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
  • 4 biji telor
  • sedikit garam

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.